Tiada bersatu walau berpura,
Tetap menyombong mencaci herdik,
Itulah salah budi bicara,
Akibat yang dipilih tidak cerdik.
Kalau bertengkar biarlah cerdik,
Jangan bergaduh di depan anak,
Kalau mahu menegur adik,
Pilihlah bahasa yang lunak-lunak.
Ingatlah kalau berbuat silap,
Mengaku salah jangan takbur,
Berkhianat bangsa jadi malap,
Esok dikencing atas kubur.
akhir kata Kalau nak ikut biar pintar, kalau nak menurut biar berakal. Wassalam.
No comments:
Post a Comment