Labels

Wednesday, December 11, 2013

Berubahlah sebelum terlambat

Dulu, ada seorang wanita arab Islam. Bertutup muka dan berhijab penuh. Kerjanya membawa susu untuk dijual di pasar Bani Qainuqa'. Suatu hari, kaum Yahudi terlihatnya dan berniat jahat untuk mengusik hijabnya. Hari itu, muslimah itu singgah dekat dengan sebuah kedai emas. Tukang emas dengan sengaja mengambil hujung bajunya kemudian diikat ke belakangnya. Ketika wanita itu bangkit berdiri, maka terselaklah kainnya.

Kaum Yahudi ketawa terbahak-bahak. Puas hati dapat malukan seorang wanita Islam.

Lalu, wanita itu berteriak, lantas seorang hero Muslim yang ada berhampiran datang menerjah dan menyerang tukang emas itu. Hero tersebut akhirnya berjaya membunuh tukang emas Yahudi!

Kaum Yahudi ketika itu mengepung, mengikat dan menyeksa hero tadi sehinggalah beliau syahid. Allahuakbar.

Apabila hero tu syahid, datanglah kaum muslimin untuk membalas penganiayaan terhadap kaum Yahudi sehinggalah tercetus di dalam sejarah Islam, Perang Bani Qainuqa' (sila semak sirah untuk lebih details dan tepat).

Allah. Demi mempertahankan aurat, maruah dan kehormatan seorang wanita Islam, umat Islam dulu sanggup syahid terkorban.

Tetapi kita pada hari ini, senang-lenang membukanya demi dilihat mata ajnabi dan bukan Islam.

Belum terlambat. Mari perlahan-lahan berubah bersama-sama

No comments:

Post a Comment