Pantai La Minitas, Republik Dominica
Pantai yang terletak di Republik Dominica itu terkenal dengan kecantikan dan ketenangannya.

Bersih, jauh daripada sebarang pencemaran dan dikelilingi panorama indah, pengunjung pasti tidak akan menyesal sekiranya memilih republik itu sebagai destinasi percutian.
Pantai La Minitas hanya memakan masa 10 minit perjalanan dengan menggunakan bas shuttle. Ia merupakan lokasi terbaik bagi pengunjung yang suka berjemur dalam suasana privasi.
Biarpun kedudukannya agak terpencil, pengunjung tidak akan kelaparan kerana terdapat banyak restoran di sekelilingnya. Lebih menarik, terdapat perkhidmatan spa dan urutan yang ditawarkan di tepi pantai.
White Beach, Boracay, Filipina
Mempunyai pesisiran pantai yang halus memutih sepanjang lebih dua kilometer, White Beach atau Pantai Putih dianggap syurga bagi peminat-peminat aktiviti pantai di seluruh dunia.
Persekitarannya memukau dengan keaslian semula jadi yang tidak pernah terusik sejak 30 tahun lalu.
.jpg)
Dikelilingi perkampungan nelayan, ia menjanjikan kepuasan kepada pengunjung yang mahu merasai suasana percutian dalam iklim tropika.Masa terbaik untuk berkunjung ke situ ialah ketika musim Amihan (monsun barat laut) bermula dari September hingga Jun. Ketika itu, suhunya agak sederhana dengan sedikit hujan dan angin sejuk yang lazim bertiup dari Timur.DIKENALI sebagai Pantai Merah Santorini, lokasi istimewa ini menawarkan landskap dan panorama menakjubkan.South Beach, Miami, Florida, Amerika Syarikat
Sejak sekian lama, South Beach menjadi pilihan pelancong yang mahu merasai imej mewah dan glamornya.
Bagaikan sebuah jenama yang tidak perlu diterjemahkan, pantai itu sesak dengan pengunjung yang mahu merasai budaya keriangan pantai ala Amerika. Selain itu, pantai tersebut menjadi tumpuan kerana kehadiran wanita-wanita seksi berpakaian mandi atau lelaki yang berotot sasa. Dikelilingi ratusan hotel mewah, pusat membeli-belah, restoran dan kelab malam, ia menawarkan pelbagai aktiviti dan hiburan tanpa henti sehingga ke malam.Sepanjang berada di situ juga pengunjung mungkin terserempak dengan selebriti Holywood kesayangan yang sedang memandu kereta mewah atau membeli-belah